Kenapa Isteri Perlukan Wasiat Sedangkan Ada Hukum Faraid?

Lebih RM 70 Bilion nilai harta terbeku kerana tiada perancangan harta pusaka. Bagaimana cara untuk memastikan harta anda boleh ditadbir serta diagihkan kepada waris-waris selepas anda meninggal dunia? Ketahui Kepentingan dan Fungsi Wasiat Dalam Perancangan Harta Pusaka Islam. Apa itu Hukum Faraid? Faraid adalah satu hukum pewarisan harta pusaka bagi orang Islam yang telah dinyatakan …

Hak Faraid isteri jika suami meninggal dunia

Setiap yang bernyawa pasti akan mati juga suatu hari nanti. Kematian adalah salah satu rahsia Tuhan yang kita sendiri tidak pasti bilakah hari itu akan tiba. Namun begitu, kehidupan perlulah diteruskan terutamanya untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Apabila berlaku kematian, pastinya akan ada harta yang ditingggalkan oleh simati. Waris-waris Faraid si mati berhak menuntut hak …

Pembahagian Faraid bagi rumah dibeli di atas dua nama suami isteri

SOALAN:Assalamualaikum, bolehkah saya dapatkan penjelasan, sekiranya rumah yang dibeli atas dua (2) nama (Suami & Isteri) serta loan di atas nama 2 nama juga ( suami dan Isteri) tetapi MRTT hanya ‘cover’ bahagian suami sahaja. Apabila isteri meninggal dunia (tiada MRTT) dan suami sambung bayar hutang bahagian isteri, bagaimana bahagian faraid si isteri diuruskan? JAWAPAN:Untuk …

Hibah Sebagai Instrumen Beri Kepada Isteri

Hibah ataupun Hadiah merupakan satu pemberian harta ataupun manfaat daripada sesuatu harta, yang dilakukan sewaktu hidup secara sukarela tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Pemberian Hibah merupakan satu amalan sunat yang digalakkan di dalam Islam sesuai dengan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA; ‘Hendaklah kamu saling memberi (Hibah), nescaya kamu akan saling mengasihi’, hadith riwayat …

Hibah Rumah Bercagar (pinjaman bank) : Adakah boleh dilakukan ?

Adalah penting untuk kita fahami bahawa penguatkuasaan Hibah adalah melalui undang-undang Syariah di Mahkamah Syariah yang berteraskan Al-Quran, Hadith, Qias dan Ijma’ Ulama sebagai panduan penghakiman. Hibah perlu memenuhi rukun dan syarat berikut mengikut penetapan Syariah Pemberi Hibah Penerima Hibah Barang atau harta yang dihibahkan Sighah (Ijab dan Qabul) Maksud ‘Harta Bercagar’ : Cagaran bermaksud …

Rahsia Penulisan Wasiat Itu Penting?

Masa terbaik untuk anda membuat persediaan ialah HARI INI dan SEKARANG! Islam memberi penekanan dan panduan dalam urusan pewarisan harta oleh seseorang Muslim. Bidang pengurusan pewarisan ini merupakan aspek yang paling terkebelakang dan sering ditinggalkan dalam bidang pengurusan kewangan. Sesaat kita bertangguh, membuat kita merana selama-lamanya.. Oleh kerana itu, pengurusan harta menurut syariat Islam menjadi …

Wasiat Secara Lisan : Sah Atau Tidak ?

“Arwah ayah semasa hayatnya pernah menyatakan wasiat secara lisan untuk memberikan sebidang tanah di Kedah kepada saya selaku anak sulungnya. Namun berlaku pertikaian dalam kalangan kami sesama ahli waris disebabkan pesanan (wasiat) tersebut dibuat secara lisan.” Apakah hukum pesanan ini? Adakah sah dari sudut syarak? Wajibkah kami anak-anak mengikutnya? Sebagai seorang perunding perwarisan harta pusaka, saya …

Siapa pentadbir harta anak bawah umur?

Sebagai seorang suami dan bapa, pernahkah kita terfikir siapa yang akan bertanggungjawab sebagai pentadbir harta bagi anak-anak andai kata kita meninggal dunia sewaktu mereka masih kecil? Perkara ini seharusnya menjadi perhatian terutamanya kepada ibubapa muda. Adakah isteri kita selaku ibu kandung mereka akan secara automatik menjadi pentadbir harta bagi pihak anak-anak? Jawapan ringkasnya, tidak.  Sebelum …

Apa Punca Asset RM70 Billion Masih Beku Dan Tidak Dituntut?

Isu pusaka kembali menjadi tajuk hangat menghiasi muka depan surat khabar Metro Ahad awal bulan lalu. “Waris berbalah tuntut harta: Aset RM70 billion tidak bertuan.” Metro Ahad Hakikatnya, angka-angka nilai asset tidak dituntut atau bertuan ini tidaklah begitu tepat. Kerana itu kita melihat ada laporan akhbar yang melaporkan RM60b yang tidak dituntut, ada pula yang …