Siapa yang patut sertai ?

Perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka Menjadi Pelengkap Untuk Anda Sebagai Perunding Yang Profesional, Komprehensif dan efisien.

Kelebihan Memilih Kerjaya sebagai Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) di as-Salihin Trustee Berhad

Dianggarkan 85% Muslim di Malaysia masih belum berwasiat dan belum membuat perancangan harta pusaka. Ini merupakan peluang keemasan kepada mereka yang ingin menceburi bidang perancangan harta pusaka atau mereka yang telah berada di dalam bidang perancangan kewangan.

as-Salihin Trustee Berhad merupakan sebuah syarikat Amanah yang berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 & Akta Syarikat 2016. Syarikat ini ditubuhkan bagi membantu umat islam dalam merancang dan mengagihkan harta pusaka berdasarkan prinsip Syariah & undang-undang di Malaysia.

as-Salihin adalah syarikat Amanah yang telah berada dalam industri ini sejak tahun 2004 dan mempunyai lebih 17 tahun pengalaman dalam menyediakan perkhidmatan perancangan harta pusaka yang lengkap serta pentadbiran harta pusaka & harta amanah umat Islam yang menepati prinsip Syariah dan undang-undang Malaysia.

Lesen Perancang Harta Pusaka Islam adalah lesen seumur hidup yang hanya perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Anda boleh memilih samada lesen Individu atau lesen Korporat. Tiada Yuran tahunan.

Anda mampu menjana pendapatan dengan hasil komisen yang menarik daripada pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat. Disini, kami menawarkan 2 jenis komisen kepada IEP, iaitu Komisen daripada aktiviti jualan produk dimana akan dibayar secara mingguan diantara 33% hingga 51% bergantung kepada jenis produk serta tahap IEP serta komisen daripada yuran pentadbiran harta pusaka (deferred income) bagi harta pusaka klien anda yang sedang ditadbir oleh as-Salihin sebanyak 24% dan komisen deferred income ini boleh diwarisi oleh waris anda jika anda telah meninggal dunia.

Anda berpeluang untuk menjana pendapatan tanpa had. Anda sudah boleh menentukan berapa dan sebanyak mana kenaikkan pendapatan anda bergantung kepada usaha anda untuk membuat jualan serta mengembangkan kumpulan/pasukan anda . Tiada siapa yang boleh menghalang anda selain diri anda sendiri. Anda juga berpotensi untuk menikmati komisen “overriding” daripada jualan kumpulan anda.

Perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka Islam adalah satu industri yang sedang giat berkembang di Malaysia. Dianggarkan 85% Muslim di Malaysia masih lagi belum berwasiat dan melaksanakan perancangan bagi harta mereka. Jadi ini merupakan satu peluang keemasan untuk anda betul-betul fokus kepada perniagaan ini dan peluang anda besar untuk menjana pendapatan yang sangat tinggi.

Selain komisen, kami juga menawarkan pelbagai kategori insentif khas untuk IEP sekalian,antaranya adalah insentif bulanan, insentif setiap penggal, insentif setengah tahun dan insentif tahunan. Ganjaran insentif ini bukan sahaja berbentuk wang tunai malah, kami juga menyediakan pakej percutian menarik di dalam & luar negara secara percuma.

Sebagai Iep anda dan pasangan anda layak menikmati diskaun istimewa ke atas penulisan wasiat.

Kami menyediakan kursus yang sistematik pada semua IEP. kami akan memberikan latihan serta penerangan yang lengkap sepanjang tempoh kursus. Modul Kursus kami adalah berstruktur dan komprehensif dimana ia merangkumi penerangan serta kemahiran berkaitan produk, teknikal serta cara- cara membina kerjaya sebagai IEP yang baik. Selain itu latihan/kelas secara intensif juga akan diberikan untuk menambahkan kemahiran dan skill IEP setelah tamat kursus.

CPD Hour adalah jam kredit bagi Pembangunan Profesional Berterusan. Syarikat tidak mensyaratkan pengumpulan CPD Hour untuk mengekalkan status aktif IEP. Namun, kami tetap menyediakan kelas-kelas tambahan bagi IEP untuk meningkatkan tahap ‘profesionalisme’ sebagai Perancang Harta Pusaka yang bertauliah.

Jabatan pemasaran serta pejabat di setiap wilayah memberi sokongan yang sangat kuat dan padu kepada para IEP. Kami sentiasa membantu IEP-IEP untuk bertemu dengan pelanggan, membuat ceramah kesedaran Perancangan Pusaka bagi pihak IEP secara percuma dan juga membuat kelas-kelas tambahan untuk memantapkan ilmu dan kemahiran tentang produk kami dan isu-isu berkaitan perangan harta pusaka.

Tujuan IEP Gathering adalah bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan antara IEP-IEP, malah ini juga merupakan platform untuk sama-sama membincangkan topik dan isu berkenaan perancangan pusaka dan berkongsi pengalaman berjumpa pelanggan. IEP Gathering ini dijalankan secara konsisten setiap bulan sebanyak dua kali.

Kami telah membina IEP Portal dan sistem atas talian untuk membantu Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) menguruskan perniagaan mereka dengan efisien.

Sebagai Perancang Harta Pusaka Islam (IEP), masa kerja adalah fleksibel. Anda bebas untuk menentukan masa mula kerja, masa berjumpa pelanggan dan masa cuti anda sendiri.

Kami mempunyai lebih 5,000 Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) di seluruh negara yang sedia untuk membantu anda.

Sertai kami untuk menjadi Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) yang bertauliah.

Our Awesome Partnership

Bina Kerjaya Sebagai Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) Bertauliah.

SAYA   INGIN   MENGETAHUI   LEBIH   LANJUT   UNTUK   MENJADI   IEP.