Peneraju Syarikat Perancangan Harta Pusaka Islam di Malaysia
 

Bagaimana nak selesai masalah harta pusaka dengan CEPAT selepas berlaku kematian?

Title of the document Klinik Harta Pusaka. Dibuka Sekarang! Percuma!

Lindungi kepentingan keluarga anda menerusi penulisan wasiat & hibah berdasarkan keperluan anda.

Kami

As-Salihin Trustee Berhad merupakan sebuah syarikat amanah di bawah Akta Syarikat 2016 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. Merupakan sebuah syarikat yang kekal kewujudannya dan akan memastikan proses pentadbiran harta pusaka dijalankan sepenuhnya sehingga pengagihan akhir dilaksanakan.

Ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam bagi memelihara, melindungi dan mengagih harta berdasarkan prinsip Syariah dan Undang-undang. Diterajui oleh Lembaga Pengarah dan Lembaga Penasihat Syariah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang undang-undang sivil, Syariah dan kewangan.

Perkhidmatan Professional Dalam Pewarisan Harta Islam

ANALISIS ASET

Kami bantu anda merancang secara tepat dengan mengambil faktor jenis aset, status pemilikan asset dan undang-undang spesifik berkaitan aset yang dimiliki.

ANALISIS FARAID

Kami bantu mengenalpasti bakal waris faraid dan hak pembahagian agar anda dapat merancang pewarisan secara tepat dan mudah melalui wasiat dan hibah.

ANALISIS SOLUSI

Kami bantu anda melaksanakan hasrat pembahagian harta dan pusaka menggunakan solusi yang tepat mematuhi peruntukan syarak dan perundangan.

TINDAKAN MERANCANG

Kami bantu anda untuk merancang dengan mudah agar anda boleh bertindak untuk keluarga tersayang.

RM90 Billion Harta Terbeku Sehingga September 2021 & Tidak Dituntut Waris!

Apa Puncanya?

Waris tidak sepakat dan berbalah mengenai kaedah pentadbiran harta pusaka.
Kos pengurusan harta pusaka yang yang tinggi tidak diketahui oleh waris.
Waris tidak faham proses pengurusan tuntutan harta selepas kematian pemilik harta.

Rasulullah S.A.W bersabda : 

“Telah datang Rasulullah s.a.w untuk melihatku sedang aku berada di Makkah. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sebahagiannya.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sepertiga.” Baginda menjawab, “Ya, sepertiga.” Dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka” 

 

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

SERVIS MAMPU MILIK UNTUK SEMUA

Pelan Pengurusan Harta Pusaka 100% Berlandaskan Syariah yang harus anda miliki!

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaatnya untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang Pewarisan Islam, selepas kematiannya.

Wasi adalah orang yang dilantik di dalam Wasiat untuk menguruskan harta pusaka serta melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat. Sekiranya pewasiat melantik Wasi individu beliau mungkin akan jatuh sakit, meninggal dunia atau tidak berupaya atau enggan bertindak sebagai Wasi. Oleh itu, adalah lebih baik melantik badan korporat sebagai wasi berbanding individu.

Amanah adalah satu tanggungjawab yang wujud apabila seseorang individu atau sebarang entiti (yang dikenali sebagai pembuat amanah) memindahkan hak pemilikan asetnya secara sah kepada mana-mana individu atau institusi (dikenali sebagai pemegang amanah) untuk memegang harta tersebut bukan untuk manfaat dirinya tetapi untuk manfaat dan kepentingan benefisiari samada ia individu atau sebaliknya.

Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir mestilah dilantik untuk mentadbir harta si mati. Pentadbir akan menghimpunkan semua aset serta menyelesaikan liabiliti si mati termasuklah hutang dunia dan akhirat serta mengagihkan lebihan harta si mati menurut hukum Syariah.

Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah dianggap sebagai “Harta Sepencarian“. Pasangan suami/isteri mempunyai hak masing-masing ke atas Harta Sepencarian. Namun, hak tersebut perlu dituntut melalui mahkamah. Apabila berlaku kematian salah seorang suami/isteri maka pasangan yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian ke atas bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilaksanakan.

 

Hibah ialah pemberian aset kepada seseorang yang lain tanpa balasan daripada pemberian sebelah pihak (penghibah) dan penerimaan daripada sebelah pihak (penerima hibah). “Pri-Hibah” adalah produk as-Salihin yang menggunapakai “Hibah” sebagai satu mekanisme untuk menjamin hak benefisiari yang dipilih oleh settlor. Ianya adalah suatu pemberian.

Perancangan untuk memastikan kelancaran pindah milik dan kesinambungan hak perniagaan apabila berlaku situasi tertentu.

Pri-WARISAN adalah pakej untuk perkhidmatan pentadbiran harta pusaka. Ia merupakan satu pakej khas yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Berhad untuk menjimatkan kos pentadbiran harta pusaka pelanggan kami dalam membiayai kos pentadbiran dan meringankan bebanan ahli waris mereka.

Wakaf bermaksud penahanan. Menurut istilah undang-undang Wakaf adalah pemberian yang tidak boleh dibatalkan, dibuat secara nyata atau tersirat dan harta diberi untuk tujuan kebajikan untuk mendapat pahala dari Allah SWT.

PRI-TI adalah amanah yang dibentuk untuk polisi takaful/Insurans. Di mana pemilik polisi takaful/insuran melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai penerima hak melalui Penyerahan Hak Mutlak serta untuk bertindak sebagai pemegang amanah (“Pemegang Amanah”) untuk menerima wang takaful/insurans (“Dana Amanah”). Pemilik polisi juga menandatangani surat ikatan amanah untuk menetapkan terma dan syarat-syarat bagi pentadbiran Dana Amanah.

Merupakan produk ekslusif yang disediakan oleh as-Salihin Trustee Berhad yang membolehkan seseorang melantik as-Salihin Trustee Berhad untuk menguruskan harta beliau apabila beliau telah mencapai usia tua (warga emas) atau apabila berlaku ketidakupayaan mental atau fizikal ke atas dirinya.

Ruangan ini adalah khusus untuk pelanggan-pelanggan kami yang telah menulis Wasiat dengan as-Salihin Trustee Berhad.

 

 

Ketahui Bagaimana Suami Dapat Menjaga Kebajikan Isteri & Anak Selepas kematian.

Harta pusaka perlu diuruskan mengikut peruntukan Undang-undang Sivil dan Syariah. Tahukah anda bahawa :

Ya! Saya ingin dapatkan Khidmat Nasihat mengenai Perancangan Harta Pusaka Islam

Rundingan PERCUMA bersama Perancang Harta Pusaka Islam kami. Sila lengkapkan borang berikut:

KELEBIHAN PELAN AS-SALIHIN

Berikut adalah sebahagian kelebihan yang anda akan dapat.

Khidmat Rundingcara Peribadi Kepada Waris

Khidmat rundingcara peribadi kepada waris. Wakil kami akan datang ke rumah pada bila-bila masa yang dikehendaki untuk menasihatkan waris tentang hukum berkaitan harta pusaka, faraid dan proses perundangan yang perlu dilalui waris.

Pelantikan Peguam Bagi Kes Di Mahkamah Tinggi Sivil

Perlantikan peguam bagi kes di Mahkamah Tinggi Sivil. Bagi kes yang dilaksanakan di Mahkamah Tinggi Sivil ( kes pusaka bernilai RM 2 juta ke atas ), pihak kami akan melantik panel peguamnya bagi mengemukakan permohonan ke Mahkamah Tinggi Sivil.

Perkhidmatan Mengiringi Waris Ketika Perbicaraan

Perkhidmatan mengiringi waris ketika perbicaraan di Pejabat Pusaka dan Mahkamah Tinggi Sivil. Apabila bicara kuasa dijalankan, wakil kami akan mengiringi waris bagi memberikan panduan.

Membantu Waris Melalui Semua Proses

Membantu waris melalui semua proses sehingga Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian dikeluarkan ( Pejabat Pusaka Kecil ) atau sehingga Geran Probet / letter of administration dan Distribution Order dikeluarkan ( Mahkamah Tinggi Sivil ) . Kesemua urusan akan dibantu urus untuk waris sehinggalah semua perintah berkenaan dikeluarkan.

Perkhidmatan Melengkap Semua Dokumentasi

Melengkapkan semua dokumentasi berkenaan permohonan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil. Waris tidak perlu bersusah-payah turun naik pelbagai pejabat bagi mendapatkan maklumat.

Galeri Senario
Pembahagian Faraid

Our Awesome Partnership

Pastikan kita rancang dan agih harta sebelum kematian.

Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selepas pemergian anda.

019 764 9090

This website is maintained by as-Salihin Islamic Estate Planner - an authorised representative of as-Salihin Trustee Berhad (670367-D). Official website please visit
www.as-salihin.com

Copyright © 2021 RANCANG HARTA