Kenapa Isteri Perlukan Wasiat Sedangkan Ada Hukum Faraid?

Lebih RM 70 Bilion nilai harta terbeku kerana tiada perancangan harta pusaka. Bagaimana cara untuk memastikan harta anda boleh ditadbir serta diagihkan kepada waris-waris selepas anda meninggal dunia? Ketahui Kepentingan dan Fungsi Wasiat Dalam Perancangan Harta Pusaka Islam.

Apa itu Hukum Faraid?

Faraid adalah satu hukum pewarisan harta pusaka bagi orang Islam yang telah dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran. Ianya adalah mengenai siapa yang berhak terhadap harta peninggalan tersebut dan berapa bahagian yang ditetapkan bagi setiap waris yang layak. Syarat bagi menerima Faraid ini adalah:

  1. Mempunyai pertalian darah;
  2. Seorang Muslim dan;
  3. Mempunyai pertalian perkahwinan.

Siapakah yang berhak mewarisi harta si mati mengikut hukum Faraid:

Waris utama berikut berhak  sama mewarisi harta si mati dengan syarat mereka beragama Islam. Mereka adalah:

  1. Suami
  2. Isteri
  3. Ibu bapa
  4. Anak-anak yang sah

Berikut adalah di antara golongan yang tidak dianggap sebagai waris  serta tidak  layak mewarisi harta si mati mengikut hukum Faraid :

  1. Anak angkat
  2. Ibu bapa angkat
  3. Ahli keluarga yang bukan beragama Islam
  4. Cucu daripada anak perempuan

Apa Fungsi dan Kepentingan Wasiat?

Satu dokumen yang berkuatkuasa selepas kematian. Kepentingan utama penulisan Wasiat, adalah untuk melantik Wasi/Pentadbir bagi memastikan aset dapat dicairkan dan diuruskan serta diagihkan kepada waris. Di samping itu di dalam wasiat boleh melantik Penjaga  harta  anak di bawah umur/OKU selepas meninggal dunia.

Melalui  penulisan Wasiat juga anda boleh membuat pemberian kepada mereka yang bukan waris Faraid termasuk pemberian infaq selepas meninggal dunia.

Siapakah Wasi/Pentadbir?

Wasi/Pentadbir adalah pihak yang mempunyai kuasa untuk menguruskan harta pusaka simati.

Siapakah yang boleh dilantik sebagai Wasi/Pentadbir?

        (i) Individu (Muslim, berumur 18 tahun ke atas)

        (ii) as-Salihin Trustee Bhd

Apakah tugas Wasi?

       (i) Mendapatkan Surat Kuasa/Probet

       (ii) Mengenal pasti harta-harta dan hutang yang ditinggalkan

       (iii) Mendapatkan Sijil Faraid

      (iv) Melangsaikan Hutang simati

      (v) Membahagikan harta pusaka simati

Ramai orang Islam menyangka bahawa harta mereka akan diagihkan TERUS kepada WARIS mengikut FARAID setelah mereka meninggal dunia. Ramai yang tidak sedar bahawa:-

  • Harta pusaka umat Islam di Malaysia terbahagi kepada DUA (2) aspek: PENTADBIRAN & PENGAGIHANHukum Faraid hanyalah berkenaan PENGAGIHAN. Faraid tidak dapat dijalankan TANPA PROSES PENTADBIRAN. Perlantikan Wasi/Pentadbir merupakan kunci dalam memastikan Faraid boleh dijalankan.
  • Proses pentadbiran harta pusaka melibatkan banyak prosedur dan agensi/institusi  tertentu. Tanpa perancangan yang betul, waris-waris berkemungkinan tidak dapat menerima harta yang ditinggalkan. Faktor kurangnya pengetahuan berkenaan pentadbiran pusaka terutamanya dari sudut perundangan, akan menyebabkan  waris-waris gagal dalam menguruskan pusaka dengan sempurna.
  • Melalui perlantikan Wasi/Pentadbir di dalam Wasiat, ia menjadi kunci dalam memastikan harta yang ditinggalkan tidak terbeku, dan menjamin harta dapat diterima oleh waris-waris yang ditinggalkan.

Rujuk: Tun Salleh Abas | Kepentingan Menulis Wasiat

Wasi yang telah dilantik oleh pewasiat sebelum kematiannya ini yang akan mentadbir harta pewasiat sesuai dengan kehendak dan pesanan yang diberitahu di dalam wasiat.

Penulisan dokumen wasiat dapat membantu kita untuk:

  1. Melantik pentadbir harta pusaka dan penjaga harta anak bawah umur.
  2. Mempercepatkan & memudahkan proses pengagihan harta serta perletakan hak kepada waris.
  3. Melunaskan hutang (Dunia & Akhirat).
  4. Pengecualian bon pentadbiran.
  5. Pemberian kepada bukan waris (Cth: Anak Angkat, Sedekah dan lain-lain; terhad kepada 1/3 harta )
  6. Menyampaikan pesanan terakhir.

Jadi disini dapat kita fahami secara ringkas, fungsi wasiat utama ini adalah untuk  melantik pentadbir yang amanah bagi mentadbir harta yang ditinggalkan, ianya adalah bagi melancarkan proses pembahagian harta pusaka di kalangan ahli waris dan juga bukan ahli waris serta menggelakkan pertelingkahan keluarga.

Rujuk: Puan Amna Fazillah Ismail | Mengapa Perlu Buat Wasiat Sedangkan Ada Hukum Faraid?