Rahsia Penulisan Wasiat Itu Penting?

Masa terbaik untuk anda membuat persediaan ialah HARI INI dan SEKARANG!

Islam memberi penekanan dan panduan dalam urusan pewarisan harta oleh seseorang Muslim. Bidang pengurusan pewarisan ini merupakan aspek yang paling terkebelakang dan sering ditinggalkan dalam bidang pengurusan kewangan.

Sesaat kita bertangguh, membuat kita merana selama-lamanya..

Oleh kerana itu, pengurusan harta menurut syariat Islam menjadi keutamaan dan tumpuan JALALUDDIN TRAINING & SERVICES dalam perkhidmatannya. Di antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah penulisan wasiat secara Islam, Hibah, Wakaf, Faraid, Pengamanahan, Penyelesaian pusaka dan pengiraan zakat sebelum pembahagian pusaka.

Sudahkah anda merancang harta pusaka anda buat yang tersayang?

Sabda Nabi saw: “Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat BERWASIAT.” – Hadith Riwayat Ibn Majah

Sediakan payung sebelum hujan. Ingatlah orang yang tersayang.

Apa itu Wasiat?

Wasiat ialah suatu pemberian yang disandarkan atau dikaitkan sesudah mati iaitu hanya akan terlaksana selepas pewasiat meninggal dunia.

Apa yang kita akan dapat sekiranya melakukan Wasiat?

Kebaikan Yang Diperolehi Dengan Adanya Wasiat :
  • Harta Pusaka boleh diurus dan diagihkan kepada waris-waris dalam masa purata 6 hingga 8 bulan.
  • Dapat mengekalkan pemilikan harta peninggalan si mati dari menjadi milik orang lain di bawah hukum Faraid.
  • Menjaga kebajikan anak berumur di bawah 18 tahun.
  • Melindungi harta sepencarian.
  • Segala urusan teratur dan tiada keraguan.
  • Dapat mengekalkan keharmonian keluarga.

Di JTS, pemberian semasa hidup melalui cara hibah boleh dibuat untuk kesejahteraan hidup orang yang disayangi tanpa had jumlahnya. Ia mungkin akan berguna untuk kepentingan mereka yang disayangi selepas ketiadaan anda.